Ya Allah, kami doakan pasangan ini agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah mereka kebahagiaan yang berpanjangan, rezeki yang luas, hati yang sabar, dan cinta yang tidak pernah pudar. Satukanlah mereka dalam kebaikan, lindungi mereka dari segala ujian yang melemahkan, dan jadikanlah perkahwinan ini sebagai jalan menuju redha-Mu dan syurga-Mu.”